Exabytes Ajak Semua Hadir Ke Majlis Penganugerahan Malaysia Website  Awards ( MWA ) 2019



Majlis penganugerahan Malaysia Website  Awards ( MWA ) 2019 bakal menghimpunkan sekitar 150 peserta terdiri dari kalangan pereka laman web, pemaju dan agensi bagi memperlihatkan kehebatan masing-masing dalam pembinaan laman web.

Penganugerahan terbabit bakal berlangsung pada 13 Februari ini bertempat di Colony Coworking Space and Event Spaces, Star Boulevard KLCC, Kuala Lumpur bermula jam 5 petang sehingga 10 malam anjuran Exabytes.

Pengarah Urusan dan Pengasas Exabytes, Chan Kee Siak berkata penganugerahan terbabit bertujuan untuk mencari bakat baru dalam bidang berkaitan.

"Malaysia Website Awards bertujuan untuk menghimpunkan bakat, bertukar rangkaian perniaga, berkongsi pengetahuan antara satu sama lain serta membina komuniti yang lebih kuat.

"Antara kriteria penghakiman yang dinilai bagi penganugerahan ini adalah dari segi rekaan, SEO, aksesibiliti, prestasi dan kandungan laman web sementara dari segi kategori, terdapat tiga kategori yang dipertandingan iaitu Personal, Commercial dan E-Commerce.

"Bagi jenis anugerah yang diberikan adalah Site Of The Month, Site Of The Year dan Favourite Website," katanya.

Beliau turut mengulas pihaknya mengimpikan untuk mencari hasil penghasilan laman web yang menakjubkan terutamanya dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

"Sebagai peneraju 'cloud service provider' di Asia Tenggara, kami mengimpikan untuk memburu, mengenali dan menghargai penghasilan laman web menakjubkan, bakat serta dedikasi yang ditunjukkan di sebalik kerja-kerja luar biasa ini dalam tiga negara ini iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia dan seterusnya merentasi Asia Tenggara," katanya lagi.

FH Media turut difahamkan penganugerahan terbabit telah lama dianjurkan sejak tahun 2015 lagi.

Bagi bulan Februari penyertaan dibuka bagi yang berminat untuk menyertai penganugerahan bermula 29 Januari sehingga 27 Februari ini.



"Join us and celebrate the excellent work by the great web designers & developers at MWA 2019 Awards Presentation Ceremony. We are honored to invite everyone to attend this ceremony and join us in this celebration. At the same time, get a chance to meet all the innovative web designers and developers in this event. And if you have any questions regarding your website, you can get in touch with them for future consultation."



Register now at http://bit.ly/mwa19


Comment As:

Comment (0)

No comment found!